Tuesday, July 07, 2015

Ahli UMNO Jangan Alpa Cubaan Pihak Robohkan Perpaduan, Kesatuan Parti

7 Julai 2015, Kuala Lumpur : Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata seluruh ahli UMNO perlu terus waspada dan tidak alpa kerana pihak lain khususnya pembangkang sentiasa mencari ruang dan peluang bagi merobohkan perpaduan dan kesatuan yang menjadi benteng parti selama ini.

Justeru beliau menyeru ahli-ahli UMNO dari kepimpinan atas hinggalah ahli-ahli di akar umbi mengambil sikap bertenang dan berfikir secara rasional berhubung pelbagai isu yang berlaku di sekeliling sejak kebelakangan ini khususnya serangan bertali arus terhadap Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan
“Seharusnya kita terus memberikan sokongan padu kepada pemimpin atasan kita serta memberi ruang kepada beliau untuk memikirkan tindakan yang sewajarnya diambil demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Dalam masa yang sama, saya menyeru semua ahli UMNO untuk meneruskan fokus perjuangan parti selaras dengan gerak kerja yang telah diatur”, katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.

Pada masa yang sama beliau turut meminta semua ahli UMNO tidak terpengaruh dengan pelbagai manipulasi dan provokasi yang dilontarkan oleh pihak lawan yang sememangnya  gemar menangguk di air.

“Sehubungan itu, sekali lagi saya mengajak ahli-ahli UMNO sekalian untuk terus berpegang teguh kepada matlamat perjuangan parti dan memastikan demokrasi terus subur,” ujarnya lagi.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment