Tuesday, July 07, 2015

Apa Jua Bentuk Pakatan Pembangkang Akhirnya Akan Hancur Juga – Zahid

7 Julai 2015, Putrajaya : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi percaya apa jua political marriage atau pakatan politik yang cuba dibuat parti pembangkang akhirnya akan menuju kehancuran.

Ini kerana tegas beliau pakatan yang cuba dibuat oleh pembangkang adalah kesepakatan yang longgar kerana masing-masing mempunyai agenda sendiri.

“Tunggulah ketikanya apabila ianya akan terlerai begitu sahaja dan ianya tidak berlandaskan ideologi dan pegangan jauh sekali falsafah politik atas nama kebersamaan”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
zahid-hamidi-500x320
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kemungkinan terbentuknya pakatan baharu di kalangan pembangkang selepas Aidilfitri ini.

Pakatan baharu yang dikatakan sebagai Pakatan 2.0 ini diwujudkan berikutan ketidaktentuan yang terus melanda pakatan pembangkang yang terus bergelut dengan pelbagai masalah.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri seterus berkata pada pengamatan beliau, apa yang pakatan pembangkang lakukan adalah cubaan yang mereka pernah lakukan sebelum ini.

“… sepertimana di dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Pakatan Rakyat dan pakatan yang baharu ini sekali lagi akan dilihat sebagai satu percubaan yang akhirnya menuju kehancuran”, ujarnya.

Berhubung usaha pakatan pembangkang kononnya mahu mengumpulkan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional untuk mengadakan sidang khas undi tidak percaya kepada Perdana Menteri pula beliau berpendapat, walaupun dari segi perundangan dan peraturannya mempunyai asas untuk mereka memanggil sidang khas, namun beliau secara peribadi berpendapat tidak ada kesesuaian dan keperluan untuk mengadakan sidang khas berkenaan.

“Saya yakin bahawa ahli-ahli parlimen Barisan Nasional akan tetap bersama-sama YAB Perdana Menteri untuk menerajui negara ini walau apa pun yang berlaku kita tetap berada di belakang Perdana Menteri”, katanya.

Beliau turut menambah, pakatan pembangkang bukan sahaja menangguk di air yang keruh malahan mereka sebenarnya sedang mencari jalan untuk menggugat kestabilan politik di negara ini dengan niat untuk lebih mengeruhkan lagi keadaan.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment