Wednesday, July 01, 2015
Anwar Tidak Layak Jadi 'Tahanan Dalam Rumah' - Sulaiman Yassin
1 Julai 2015, Shah Alam : Tidak ada sebarang peruntukan untuk mana-mana banduan yang
sakit diberikan kelonggaran bagi menjalani hukuman 'tahanan dalam
rumah'.
Justeru penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Sulaiman Md. Yassin
berkata tidak ada dalil yang kuat mengapa Ketua Umum PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim diberi layanan istimewa itu, memandangkan beliau bukannya
tahanan politik.
Tambahan pula, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri
memberikan jaminan bahawa Anwar akan mendapat rawatan kesihatan yang
sewajarnya.
"Dia (Anwar Ibrahim) telah melakukan jenayah, dia perlu diperlakukan
sebagai banduan dan dia bukan tahanan politik. Kalau tahanan politik
lain. Kalau kerajaan bagi status tahanan rumah kepada dia, apa jadi
kepada semua banduan yang lain. Ini tidak adil kepada pesalah lain",
katanya ketika dihubungi Antarapos.
"Pejabat Penjara akan tingkatkan khidmat dengan bekerjasama dengan
Kementerian Kesihatan untuk memberi rawatan yang sejawarnya kepada
beliau. Dia tidak boleh diberi layanan istimewa kerana dia banduan
biasa, yang telah disabitkan kesalahan," katanya.
Dua peguam yang mewakili Anwar semalam memberitahu tahap kesihatan bekas
Ketua Pembangkang itu merosot apabila disahkan mempunyai ketumbuhan 4cm
di buah pinggang, otot bahunya terkoyak serta masalah artritis kronik.
Perkara itu dikesan selepas Anwar dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) selama dua hari pada 2 Jun lalu.
Mengulas lanjut, Sulaiman yang juga Felo Penyelidik Utama di Institut
Pengajian Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata
tuntutan dua peguam Anwar itu mempunyai agenda tersembunyi bagi
'membebaskan' Anwar.
"Beliau adalah ahli politik, apa yang dirancang beliau mesti ada niat
disebalik itu. Dia juga adalah pemikir strategik PKR. Ini semua untuk
manfaat politik beliau. Ini antara usaha dan helah beliau," ujarnya
lagi.
Anwar dihukum penjara 5 tahun oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari
lalu selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful
Bukhari Azlan, pada 2008.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment