Wednesday, July 01, 2015
Soo Wincci Nak Puasa Penuh Tahun Ini.. Berbangga Semoga Mendapat HIDAYAH
Sudah empat berturut-turut penyanyi Soo Wincci berlatih puasa pada bulan tahun ini.
Bekas peserta program Masterchef Selebriti Malaysia ini berkata amalan berpuasa di bulan Ramadan memberikannya tenaga tambahan.
Kata Wincci, 29, dengan berpuasa tidak menjadikan amalan yang
dilakukannya ini sebagai alasan tidak bergiat aktif menjalani aktiviti
hariannya.
"Setiap kali Ramadan saya sentiasa ada tenaga luar biasa.
"Memang rasa seperti hendak pengsan tetapi saya tidak mahu mengalah.
"Saya berazam untuk berpuasa penuh seperti tahun sebelum ini," katanya.
Dia yang gembira kerana peminat sentiasa memberikan kata-kata semangat menerusi laman sosial Instagram.
"Tiga tahun sebelum ini ramai yang mempertikaikan tindakan saya tetapi
masuk tahun ini saya terima pelbagai kata-kata galakan daripada mereka.
"Malah rakan-rakan bukan Muslim juga turut menyokong dan ada yang
mencuba berpuasa selepas melihat saya berjaya melakukannya," katanya.
Mengamalkan memakan buah kurma ketika bersahur, Wincci berkata, dia akan
memastikan dapat bangun sahur dan berhenti makan sebelum masuk waktu
Subuh.
"Paling penting buah kurma kerana khasiat di dalamnya yang membekalkan tenaga untuk sepanjang hari," katanya lagi.
Wincci, kini sibuk di penggambaran drama bersiri berjudul The Injustice
Stranger sehingga hujung Julai ini, di Semenyih, Selangor.
Dalam perkembangan lain, Wincci akan kembali ke Taiwan pada bulan
hadapan sebelum pulang ke Malaysia pada Oktober untuk konsert solonya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment