Wednesday, July 01, 2015

Petrol Mahal : Rafizi Mahu Kerajaan BN Jangan Ikut Pasaran Dunia.


Selepas mendesak kerajaan menghapuskan subsidi minyak serta menetapkan harga minyak mengikut harga pasaran, Rafizi Ramli hari ini mahu kerajaan Barisan Nasional mengembalikan semula subsidi terhadap bahan api tersebut dengan alasan bagi meringan beban rakyat.

Selain itu, Ahli Parlimen PKR Pandan tersebut mendesak Perdana Menteri mewujudkan satu Tabung bagi menstabilkan harga minyak. Susulan itu, Rafizi bercadang akan memfailkan rang undang-undang persendirian di sidang Parlimen akan datang.

Rafizi juga mahu NGO dan juga kumpulan-kumpulan penentang kerajaan memulakan kempen mendesak kerajaan agar subsidi dikembalikan. Ini katanya, akan mempercepatkan cadangan beliau dilaksanakan.

“Saya juga akan duduk dengan pelbagai kumpulan termasuk NGO untuk menggerakkan satu kempen mendesak agar subsidi minyak dikembalikan.

“Saya yakin Datuk Seri Najib hanya takut dengan gelombang bantahan rakyat dan jika bantahan itu jelas, beliau akan terpaksa mengembalikan subsidi minyak untuk meringankan beban rakyat,” kata Rafizi kepada media.

Pada November tahun lepas, Rafizi secara semberono menuduh kerajaan zalim serta menindas rakyat apabila tidak menetapkan harga minyak mengikut harga pasaran dunia.

Kerajaan bertindak mengapungkan harga petrol dan diesel pada akhir 2014 selepas pihak pembangkang menghasut rakyat supaya mengadakan demonstrasi jalanan menuntut seperti apa yang Rafizi mahukan.

Kini setelah tiada lagi subsidi dan harga minyak diapungkan selaras dengan harga pasaran dunia, Rafizi kembali dengan idea baru iaitu mengembalikan semula subsidi. Nampaknya pemimpin PKR itu sendiri mengakui cadangannya sebelum ini terbukti salah. 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment