Wednesday, July 01, 2015

Ustaz Ridhuan Tee Dedah Agenda Jahat Cina DAP Terhadap Islam


Penceramah Muallaf popular, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah hari ini membidas tindakan ultra kiasu yang sengaja memainkan isu berpakaian tidak sopan atau menjolok mata ketika berurusan di pejabat kerajaan dengan mengatakan ia sebagai usaha DAP menjadikan negara ini lebih barat dari barat.

Ridhuan berkata, tindakan mereka ini sengaja menjatuhkan maruah orang Islam dengan menampakkan bahawa tindakan mereka ini benar dan peraturan yang telah ditetapkan salah dari segi undang-undang.

Walhal, peraturan ini telah lama ditetapkan oleh kerajaan, tetapi sengaja untuk mengkaburi peraturannya supaya kerajaan dapat menarik balik etika pemakaian ini.

Tambah beliau, jika kerajaan tunduk dengan desakan ultra kiasu ini, maka negara akan menjadi lebih barat dari barat seperti yang mereka inginkan selama ini.

"Sudah lama peringatan dan kenyataan dipaparkan. Mereka sengaja gatal dan menguji kita. Mahu jadikan Malaysia lebih barat dari barat," kata Ridhuan Tee.

Tegas beliau, peraturan tersebut tidak menyalahi mana-mana agama dan tidak ada satu agama pun yang membenarkan pakaian menjolok mata.

Oleh itu, beliau memberi amaran kepada ultra kiasu supaya  berhenti memainkan isu ini dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

"Adakah peraturan itu salah? Adakah suatu masa nanti, ultra kiasu bertelanjang ke pejabat, baru nak bertindak? Tidak ada agama yang membenarkan pakaian menjolok mata," katanya.

Ridhuan turut membidas tindakan pemimpin G18 yang sanggup menubuhkan parti baru bagi membolehkan mereka berjuang dengan pemimpin ultra kiasu dengan tergamak memberi amaran kepada Pas supaya menarik balik keputusan berpisah dengan DAP.

Ridhuan berkata, selepas tewas dalam pemilihan golongan ini menubuhkan parti baru bagi menentang Pas dan berjuang DAP yang ultra kiasu, tindakan ini amat memalukan bagi pemimpin yang beragama Islam.

"Apakah umat Islam yang menyokong dan menyertai ultra kiasu tidak sedar bahawa tindakan mereka boleh menjejaskan akidah?

"Dalam kepala ultra kiasu Pas ini hanya nampak mahu menjatuhkan Umno dan menjadi menteri, Malah, sanggup menubuhkan parti baru dan tanpa segan silu memberi amaran kepada pemimpin Pas yang lain," katanya.

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment