Friday, July 03, 2015
Dakwaan Dana 1MDB Dipindah Ke Akaun PM Sabotaj Politik - PMO
3 Julai 2015, Petaling Jaya : Dakwaan bahawa dana 1MDB dipindahkan kepada akaun
peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai 'sabotaj
politik', kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Artikel yang disiarkan The Wall Street Journal dan Sarawak Report pada
Jumaat mendakwa dana 1MDB mencecah AS$700 juta (RM2.63 bilion)
dipindahkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
"Walaupun perdana menteri berjaya memacu ekonomi negara terhadap
halangan global seperti yang diiktiraf Fitch Ratings pada minggu ini,
terdapat usaha individu tertentu untuk melemahkan keyakinan terhadap
ekonomi kita, mencemarkan nama baik kerajaan dan menyingkirkan perdana
menteri," menurut PMO dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut kenyataan itu lagi, beberapa dokumen yang dibocorkan dan peras ugut berlaku untuk mengelirukan media dan rakyat.
"Oleh itu, pengamal media tidak harus menerima maklumat tersebut sebagai
sesuatu yang betul melainkan jika disahkan pihak berkuasa berkenaan,"
katanya.
PMO turut menjelaskan bahawa 1MDB sudah menegaskan bahawa syarikat itu
tidak menyediakan dana kepada Najib dalam satu kenyataan lebih awal pada
Jumaat.
Anda Percaya nak buat sesuatu masuk ke dalam Sendiri....Bukan kah BANGANG NAMA TU.
Nampak sangat Akbar ini memang PENIPU...Agak Agak lah
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment