Friday, July 03, 2015
Gurau Apa Gini Rupa....Jenaka Pesawat Terhempas, Paris Hilton Ambil Tindakan
Model Paris Hilton akan mengambil tindakan undang-undang terhadap
pengacara dari Mesir iaitu Ramez Galal selepas memperdayanya agar
menaiki pesawat ringan dengan tujuan untuk mengusik sehingga pesawat
berkenaan diterbangkan seolah-olah hendak terhempas.
Daily Mail melaporkan, Paris, 34, mengalami tekanan emosi selain berasa
takut untuk menaiki kapal terbang selepas menyifatkan kejadian tersebut
sebagai pengalaman paling buruk.
"Kejadian itu menyebabkan dia mengalami tekanan emosi dan 'prank' yang
dilakukan Ramez tidak sepatutnya dijadikan sebagai bahan jenaka. Pesawat
bakal terhempas adalah serius," kata sumber.
Ketika kejadian, Ramez mempelawa Paris untuk melihat bandar Dubai dari
udara sebelum dimaklumkan oleh juruterbang enjin pesawat ringan itu
tiba-tiba terpadam dan bakal terhempas.
Paris yang ketakutan dilihat menangis dan menjerit bersama beberapa
penumpang lain yang sebenarnya adalah pelakon tambahan untuk mengenakan
penyanyi lagu Star is Blind itu.
Bagaimanapun pesawat berkenaan berjaya mendarat dengan selamat sebelum
Ramez memberitahu Paris ia hanyalah rancangan untuk mengenakannya dan ia
dirakam untuk program terbitannya, Ramez in Control.
Paris yang kelihatan trauma tersenyum hambar apabila diberitahu kebenaran tentang kejadian tersebut.
"Ia adalah pengalaman paling menakutkan. Saya akan bunuh awak," katanya kepada Ramez.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment