Sunday, July 05, 2015
"Dakwaan Ke Atas PM Seperti Dibuat-buat" - Haron Din
Petaling Jaya : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berharap dakwaan mengenai
dana 1Malaysia Development Berhad(1MDB) yang disalurkan ke akaun bank
peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu terbukti tidak
benar demi untuk kepentingan negara.
Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, sekiranya dakwaan tersebut
terbukti benar, ia boleh menjejaskan keyakinan pelabur dan melemahkan
lagi ekonomi negara.
Pemimpin PAS itu memberi respon demikian sebagai reaksi kepada artikel
yang tersiar di dalam akhbar The Wall Street Journal(WJS) dan Sarawak
Report Jumaat lepas yang mendakwa bahawa dana berjumlah AS$700 juta
(RM2.6 bilion) telah disalurkan kepada akaun peribadi Najib.
Haron Din bagaimanapun berkata, dakwaan artikel itu seperti dibuat-buat.
"Sukar untuk dipercayai bahawa seseorang telah memindahkan dana awam ke dalam akaun peribadi.
"Jika seseorang itu mahu menipu, mereka akan memindahkan wang tersebut
ke dalam akaun rahsia," kata beliau sambil menambah bahawa ia tindakan
yang salah untuk mengaitkan seseorang tanpa bukti kukuh.
Haron Din bagaimanapun menambah bahawa perkara itu tidak boleh dipandang
ringan sekiranya terdapat beberapa bukti asas kepada dakwaan itu.
"Buat masa ini, kita harus menunggu pihak berkuasa untuk menyelesaikan siasatan," katanya lagi.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment