Sunday, July 05, 2015
Nak Menipu Agak Agak lah....Tak Lojik Lebih RM2 Billion Masuk Dalam Satu Akaun Atas Nama Sendiri
"Ini orang kata tidak logik, kalau seseorang itu ingin mengambil wang
rakyat yang nilainya sehingga lebih RM2 bilion dan masukkan dalam satu
akaun atas namanya sendiri, ia satu perkara yang tidak munasabah.
"Perkara itu sudah tentu dapat dikesan oleh semua sistem kewangan dan
bank dengan mudah sekali, jadi kalau orang percaya dengan cerita-cerita
begini ... perlu berhati-hati kerana saya bimbang ada niat-niat lain
untuk menghancurkan ekonomi dan imej negara," katanya.
Itu kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek
menyifatkan tuduhan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
menggunakan dana kerajaan untuk kepentingan peribadi sebagai tidak masuk
akal.
Beliau berkata demikian kepada wartawan di Kuantan ketika diminta
mengulas laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa kira-kira RM2.6
bilion telah dideposit ke dalam apa yang mereka percaya adalah akaun
bank peribadi perdana menteri.
Shabery berkata pihak 1MDB dan Najib sendiri semalam telah menafikan hal
tersebut dan menyifatkan pembohongan itu sebagai satu lagi usaha untuk
menjatuhkan kerajaan.
Sehubungan itu, katanya semua pihak termasuk rakyat perlu bersabar
menunggu hasil siasatan badan audit bertauliah termasuk dari luar negara
berhubung 1MDB sebelum menghakiminya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment