Sunday, July 05, 2015
PKR Tetap Kekalkan Selangor Sebagai ‘Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat’... Azmin Pun Takut Hilang Kerusi MB Tu
Sekalipun Kerajaan negeri Pulau Pinang yang dinaungi DAP sudah ubah
status tidak mahu lagi negeri itu disebut ‘Kerajaan Pakatan Pulau
Pinang’ dan kini mahu ia dikenali sebagai ‘ Kerajaan Negeri Pulau Pinang’
sahaja namun di Selangor lain ceritanya.
Orang yang buat pengumuman ini bukan Menteri Besar Azmin Ali sebaliknya Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Katanya kepada wartawan selepas mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat
PKR di Shah Alam ,Sabtu PKR tetap berpendirian negeri Selangor tetap
dikenali sebagai ‘kerajaan Pakatan Rakyat’ walaupun pentadbiran DAP di
Pulau Pinang tidak lagi mahu menggunakan nama itu.
Perubahan status di Pulau Pinang diumumkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng Khamis.
Shamsul berkata keputusan PKR adalah berikutan kerjasama antara parti
berkenaan dengan DAP serta PAS di Selangor masih berjalan seperti biasa.
Beliau turut menafikan berlakunya perpecahan antara ketiga-tiga parti
itu, khususnya di negeri Selangor seperti mana yang berlaku di Pulau
Pinang.
"Negeri Selangor akan terus dikenali sebagai kerajaan pakatan rakyat
kerana secara inti patinya, kita (PAS, DAP dan PKR) masih lagi bersama
malah di Selangor, kita masih bekerjasama.
"Maka ingin saya katakan bahawa tidak timbul isu kerajaan Selangor
'goyang' kerana kita masih lagi bergerak sebagai satu pasukan," katanya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment