Friday, July 03, 2015
Dakwaan WSJ Tanpa Bukti Kukuh Tidak Boleh Diterima – Khairy
3 Julai, Sik : Dakwaan oleh media antarabangsa Wall Street Journal
(WSJ) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh
diterima kerana ia tidak disertakan dengan dokumen dan bukti yang kukuh,
kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, pendedahan oleh WSJ bahawa dana hampir AS$700 juta
(RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib itu adalah
berasaskan laporan oleh portal Sarawak Report yang kesahihannya
dipertikaikan.
“Siapa-siapa pun boleh membuat tuduhan dan pendedahan, tetapi jikalau
tiada bukti yang kukuh kita tidak boleh menerima pendedahan tersebut.”
“Dalam hal ini (dakwaan oleh WSJ) , saya tidak nampak ada bukti yang
kukuh, mereka kata ada dokumen tetapi sekarang tidak ada apa-apa dokumen
yang dikemukakan,” katanya selepas menghadiri majlis penyampaian
sumbangan Ramadan di Masjid Bandar Beris Baharu, di sini Jumaat.
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, dalam prinsip perundangan dan
mahkamah, beban untuk membuktikan sesuatu tuduhan terletak di bahu pihak
yang membuat tuduhan itu dan bukannya pihak yang dituduh.
Ditanya sama ada Perdana Menteri dan 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) perlu mengambil tindakan guaman terhadap WSJ, beliau berkata,
perkara itu terpulang kepada kedua-dua pihak terbabit.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment