Mengapa tiba-tiba angka 7 begitu popular kepada
kumpulan yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak?
Seolah-olah konspirator percaya angka tujuh merupakan “tuah” yang boleh
menaikkan seseorang menjadi Perdana Menteri Ketujuh Malaysia.
Sebelum ini Sarawak Report dan Tun Mahathir mendakwa sebanyak USD 700
Juta telah dilesapkan oleh jutawan Jho Low daripada transaksi 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
Namun selepas itu ternyata e-mel yang dipaparkan sebagai bukti
komplot merupakan bahan yang telah disunting dan diubah. Malahan
syarikat yang didakwa milik Jho Low juga bukan miliknya.
Selepas tamat episod USD 700 juta, Sarawak Report dan Wall Street
Journal muncul pula dengan skandal USD 700 juta juga. Kononnya wang
tersebut yang berasal dari 1MDB dilalukan di beberapa syarikat berakhir
dengan akaun peribadi Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abd Razak
di Ambank.
Sebenarnya wang USD 700 juta ini masuk ke akaun siapa jika benar pun berlaku penyelewengan? Jho Low atau Najib Razak?
Mengapa mesti 7 atau 700? mengapa bukan 5, 6,8,9. Apakah ia ada kena
mengena dengan usaha menaikkan Perdana Menteri Ke-7 Malaysia secepat
mungkin?
Mengapa mereka di sebalik cerita-cerita penglipur lara ini begitu
taksub dengan nombor tujuh adalah sesuatu yang snagat misteri. Malah
tidak mustahil perencana ini merupakan orang yang taksub dengan
kepercayaan fengshui.
Melihat sokongan dan dokongan media asing menimbulkan isu-isu seperti
ini menimbulkan tanda tanya sama ada mereka mempunyai seseorang untuk
dinaikkan segera di negara ini seperti mana mereka mahu Anwar Ibrahim
naik segera?
Mustahil media asing mendokong Tan Sri Muhyiddin Yassin. Justeru Mohd
Najib perlu melihat siapakah orang tersebut yang begitu bercita-cita
tinggi dalam kabinet beliau dan menjadi kesayangan atau kesukaan media
dan diplomat asing.
Rakyat Malaysia Yang Aneh
Sebahagian Rakyat Malaysia sangat aneh. Mereka mempunyai ukuran
keadilan yang berbeza kepada pelbagai orang bergantung sama ada mereka
suka atau tidak.
Apabila tuduhan dibuat ke atas Perdana Menteri atau mana-mana
pemimpin UMNO mereka begitu cepat menerima, percaya dan menganggap ia
benar sehingga dibuktikan sebaliknya.
Sebaliknya apabila kena kepada pemimpin kesukaan mereka sama ada ia
Anwar Ibrahim, Tun Mahathir atau sesiapa sahaja, pelbagai bukti yang
diberi ditolak begitu sahaja. Sumpah atas nama Allah juga ditolak
mentah-mentah.
Sungguhpun ramai yang tidak bersetuju dengan jawapan Mohd Najib dalam
isu ini yang dikatakan lembut, namun Perdana Menteri bertindak bijak.
Tugas membuktikan tuduhan tersebut ialah tanggungjawab Sarawak Report
dan Wall Street Journal bukannya dirinya. Soalnya, apa yang Sarawak
Report beri kita sebagai bukti kecuali carta yang dibuat sendiri?
Jika Sarawak Report mendakwa carta tersebut benar dan tepat tentulah
mereka boleh mengeluarkan dokumen yang membuktikan carta tersebut. Jika
mereka benar-benar ada mengapa tidak dikeluarkan?
Silalah buktikan! Beban pembuktian terletak kepada Sarawak Report bukannya Najib Razak.
KENYATAAN PEJABAT PERDANA MENTERI
“Walaupun kepimpinan Perdana Menteri berjaya membawa ekonomi Malaysia
mengharungi halangan global – seperti yang diiktiraf oleh Fitch pada
minggu ini – wujud usaha oleh individu-individu tertentu untuk
melemahkan keyakinan terhadap ekonomi negara, mencemarkan nama baik
kerajaan dan menyingkirkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara
demokratik.
“Dakwaan terbaru, kononnya oleh seorang penyiasat yang tidak
didedahkan identitinya sebagai asas untuk menyerang Perdana Menteri,
adalah kesinambungan daripada sabotaj politik ini.
“Ia telah dilaporkan bahawa perbuatan jenayah pembocoran dan
pemalsuan dokumen dan peras ugut telah dilakukan bagi mengelirukan media
dan orang ramai.
Jadi adalah wajib bagi pengamal media yang bertanggungjawab untuk
tidak menganggap dokumen-dokumen itu sebagai tulen melainkan jika
disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
Mengenai dakwaan itu sendiri, 1MDB telah menyatakan bahawa syarikat itu tidak pernah menyalurkan dana kepada Perdana Menteri. ”
No comments:
Post a Comment