Friday, July 03, 2015
WSJ Perlu Dedah Sumber Maklumat, Xavier Lagi Kah?
EDITOR MENULIS...
3 JULAI 2015
Sebetulnya, Wall Street Journal (WSJ)
atau Sarawak Report, siapa yang mula cerita bohong lagi tak masuk akal
kononnya USD 700 juta disalur masuk ke akaun didakwa milik peribadi
Datuk Seri Najib Tun Razak ini, tidak penting.
Yang penting, ini semua permainan
pembangkang untuk merekacipta cerita palsu untuk memburukkan imej Najib
pasal nak Anwar yang tak tahan guna jamban cangkung di penjara Sungai
Buluh, dikeluarkan segera.
Tidak susah sebenarnya nak menangkis
cerita bohong ni, lagipun apalah sangat ‘bukti’ yang ditunjukkan tu,
sekadar grafik yang dibuat sendiri. 1MDB pun pernah buat grafik yang
lebih terperinci dan cantik dari ini tapi yang itu pun tidak diterima
orang.
Malah seorang ahli politik pernah
divideokan berzina, crystal clear muka dia, pun orang kata itu
bukan, alih grafik biasa-biasa yang ini pulak kita kena terima? Nak
bodohkan siapa?
Untuk dakwaan-dakwaan yang macam ini,
orang nak tengok salinan rekod bank dan sebagainya, baru boleh jalan –
boleh jalan baru, percayanya belum tentu.
Paling tidak, dedahkanlah sumber yang
kononnya membuat penemuan berkenaan. Siapakah sumber itu, nak juga tahu
nama. Setakat petik ‘malaysian government investigation’, semua orang
boleh buat itu, tapi siapa dia agensi mana satu?
Jangan mula dengan Xavier lagi sudahlah, itu confirm guna dokumen palsu.
Ini penting sebab jika perkara ini nak
dibawa ke Mahkamah sekalipun, sumber itu perlu hadir untuk memberi
keterangan, dengan apa cara dan bagaimana dia memperolehi semua maklumat
tersebut kerana di negara ini maklumat perbankan adalah sulit, malah
dilindungi undang-undang.
Selagi itu (sumber) tidak ada, saya
menyeru agar kita mengelakkan diri dari percaya dengan semua pembohongan
macam ini. Bulan-bulan puasa ni bukan pahala saja berlipat kali ganda,
buat dosa pun berlipat kali ganda juga.
Tak tahulah kalau dah takde agama.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment