Tuesday, July 28, 2015
Dua Melayu Bertudung Sumpah Setia Untuk Berbakti Kepada DAP
Amat memalukan apabila dua wanita Melayu termakan dengan pujukan
pemimpin DAP untuk menyertai parti cauvinis Cina itu dengan rela hati.
Dua wanita Melayu tersebut ialah aktivis reformasi Norazimah Mohamad
Noor yang merupakan seorang peniaga dan Siti Sapura Mohd Hashim.
Menurut Norazimah yang pernah dibantu oleh Ahli Parlimen Bukit Bintang,
Fong Kui Loon pada tahun 2000 ketika berniaga di Bazaar Melayu di Jalan
Masjid India berkata, beliau memilih untuk menyertai DAP kerana parti
tersebut memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira bangsa dan kaum.
"Menyedari aspirasi kami untuk rakyat tanpa mengira kaum, budaya dan
agama. Kami percaya DAP sudah membuktikan usaha mereka untuk
memperjuangkan keperluan rakyat," kata Norazimah di Ibu Pejabat DAP pagi
tadi.
Dek termakan dengan pertolongan oleh pemimpin DAP, Norazimah sanggup
untuk menyertai sebuah parti Cina (DAP), sedangkan masih terdapat parti
kaum Melayu seperti PKR, Pas dan Umno untuk beliau sertai.
Ini jelas menunjukkan dua wanita ini sanggup menjadi pengkhianat bangsa
dengan menyertai parti cauvinis dengan hanya termakan pertolongan yang
pernah diberikan oleh pemimpin DAP.
Walhal, Umno/BN yang banyak membantu peniaga-peniaga seperti beliau
tidak pulak dihargai, malah dicaci dengan pelbagai kata-kata kesat.
Jika kedua wanita ini mengatakan beliau tidak berminat untuk menyertai
Umno, adakah PKR dan Pas juga tidak menjadi pilihan hati mereka??
Sedangkan kedua-dua parti ini juga memperjuangkan hak rakyat tanpa
mengira bangsa dan kaum.
Mengapa perlu menyertai DAP?? Adakah kedua-dua wanita ini mahu jadikan
Malaysia seperti negara jiran yang mana kaum Melayu terpaksa mengemis di
tanah air sendiri??
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment