Tuesday, July 28, 2015
Muhyiddin Harus Letak Jawatan Jika Tak Yakin.. - DS Salleh Said Keruak
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin patut meletakkan
jawatan kerana tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata speaker Sabah.
Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Muhyiddin patut meneladani jejak
langkah Tun Musa Hitam, timbalan perdana menteri ketika era pentadbiran
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan Muhyiddin semalam, kata Salleh, secara tersirat bermaksud undi
tidak percaya terhadap perdana menteri selepas didakwa menyebabkan
orang ramai tertanya-tanya dalam isu 1MDB.
“Perkara mulia dan terhormat untuk dilakukan Muhyddin, seperti dilakukan
Musa Hitam dulu, letak jawatan kerana apabila beliau tidak lagi yakin
dengan perdana menteri, berdasarkan prinsip beliau tidak layak lagi
kekal dalam kerajaan,” katanya dalam blog hari ini.
Bekas ketua menteri Sabah itu berkata Muhyiddin memberikan gambarkan
bahawa kabinet dan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak tahu menahu
berkaitan isu sekitar kontroversi syarikat pelaburan kontroversi negara
itu.
Muhyiddin semalam memberi amaran bahawa Umno berdepan krisis kepercayaan ekoran kontroversi 1MDB.
Bercakap di Mesyuarat Agung Umno Cheras malam, Muhyiddin berkata jika
pilihan raya umum diadakan dalam masa yang terdekat, Umno akan tewas.
Timbalan perdana menteri juga berkata tiada seorang pun yang boleh
memberi penjelasan sebenar berhubung isu 1MDB termasuk yang berada dalam
kabinet.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment