Friday, July 03, 2015
Gelar Nenek Rasis : Guan Eng Diarah Bayar RM500,000 Kepada Jahara
3 Julai 2015, Pulau Pinang : Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari
ini diarah membayar sebanyak RM500,000 kepada Ketua Pembangkang negeri,
Datuk Jahara Hamid sebagai ganti rugi kerana menggelar beliau sebagai
nenek rasis.
Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Nordin Hassan yang membuat
keputusan itu turut mengarahkan Guan Eng membayar kos guaman sebanyak
RM40,000 berserta faedah sebanyak lima peratus.
Selain itu, Nordin turut mengarahkan Guan Eng yang juga Setiausaha
Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, menarik balik gelaran terhadap
Jahara selain mengeluarkan injunksi menahannya daripada mengulangi
kata-kata fitnah.
Jahara sebelum ini memfailkan saman selepas Guan Eng pada 10 Disember
2013 dalam sidang akhbar di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)
menggelarkan Jahara sebagai ‘nenek rasis’.
Gelaran itu dibuat Guan Eng kerana Jahara dikatakan cuba
membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang
hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.
Guan Eng kemudiannya memohon maaf kepada Jahara tetapi hanya untuk
gelaran ‘nenek’ namun tetap menyifatkan Jahara sebagai seorang yang
rasis.
Dalam saman fitnah berkenaan, Jahara yang merupakan Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar turut memohon perintah injunksi
untuk menghalang Guan Eng daripada berterusan mengeluarkan kenyataan
fitnah terhadapnya selain mahu perkara berkenaan tidak berulang.
Bagi kes itu, Jahara diwakili peguam, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunos.
Dipetik daripada sumber : Utusan Online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment