Thursday, July 02, 2015
Guan Eng Isytihar Pulau Pinang Bukan Lagi Kerajaan Pakatan Rakyat
2 Julai 2015, George Town : Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengisytiharkan secara
rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang bukan lagi kerajaan milik Pakatan
Rakyat (PR) seperti sebelum ini.
Guan Eng berkata, keputusan itu diambil sebulat suara pada mesyuarat
Exco yang turut dipersetujui sebulat suara termasuk 30 Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang.
"Keputusan itu turut dipersetujui satu-satunya wakil PAS di negeri itu, iaitu ADUN Permatang Pasir, Datuk Salleh Man.
"Berikutan itu, kerajaan negeri ini akan dikenali sebagai kerajaan
negeri Pulau Pinang sahaja," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.
Sebelum ini, beberapa pemimpin PAS Negeri telah melepaskan kesemua
jawatan yang disandang dalam Kerajaan Negeri pimpinan DAP itu.
Tindakan tersebut dimulakan dengan bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad
Sabu dan bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa
setelah PAS menerima usul Dewan Ulama agar memutuskan hubungan dengan
DAP.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment