Thursday, July 02, 2015

Azwan Ali Mohon Maaf Lantang Hina Melayu...Dia Sendiri Melayu..Insaflah Azwan

1 Julai 2015, Kuala Lumpur : Selebriti kontroversi, Azwan Ali tampil mohon maaf atas kelantangannya di laman sosial Twitter berhubung kes salah faham isu steak bersama peminatnya baru-baru ini.

Menerusi akaun Instagram selebriti itu yang dikenali dengan panggilan Diva AA dalam kalangan peminatnya, mohon maaf kerana terlalu lantang menghina Melayu.

Kenyataan maaf dibuat rentetan amaran keras yang diberikan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.

Rani Kulup menerusi laporan sebuah akhbar tempatan memberi tempoh seminggu kepada Azwan Ali untuk mohon maaf kerana dianggap terlalu lantang bagi seorang yang berpuasa pada bulan Ramadan.

"Azwan Ali perlu sedar diri dia itu pun orang Melayu. Dia hina orang Melayu, dia sendiri pun keturunan Melayu juga. Dia perlu meminta maaf atas apa yang dia buat.

"Ayah memberi tempoh seminggu untuk dia berbuat demikian, sekiranya dia masih gagal untuk memohon maaf, ayah akan laporkan kepada pihak berkuasa. 'Sangkut' dia nanti," kata Rani atau lebih dikenali dengan nama Ayah Arka. 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment