Thursday, July 02, 2015
Greece Tak Bayar Hutang IMF... Apa Akan Jadi Lepas Ni?
Greece telah melepasi tarikh akhir untuk ?menjelaskan hutang negaranya
sebanyak €1.6 bilion kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), selepas
menteri zon euro enggan melanjutkan hutang atau jaminan keluar (bailout)
mereka.
Tetapi para menteri itu berkata, mereka akan membincangkan cadangan saat akhir dari Greece bagi program bailout baru, lapor BBC.
Greece merupakan negara maju pertama yang gagal membayar balik pinjaman kepada IMF dan kini secara rasmi tertunggak.
Terdapat kebimbangan bahawa keadaan ini boleh meletakkan Greece berisiko tidak lagi akan menggunakan matawang euro.
Sementara itu, IMF mengesahkan Greece gagal untuk membuat pembayaran, tidak lama selepas 22:00 GMT pada Selasa.
"Kami telah memaklumkan kepada Lembaga Eksekutif kami bahawa hutang
Greece kini tertunggak dan hanya boleh menerima pembiayaan IMF hanya
selepas tunggakan dijelaskan," kata jurucakap IMF, Gerry Rice.
Sebaik tarikh akhir bailout zon euro luput, Greece tidak lagi mempunyai
akses kepada dana berbilion-bilion euro pada dan tidak dapat memenuhi
pembayaran balik IMF itu.
Dalam pada itu, Pengerusi Eurogroup dan Menteri Kewangan Belanda, Jeroen
Dijsselbloem sebelum ini berkata, adalah 'gila' untuk melanjutkan
bailout Greece selepas tarikh bayar balik hutang telah tamat tempoh.?
Bercakap selepas panggilan persidangan dengan menteri-menteri zon euro
lain, beliau berkata, permintaan Greece untuk membuat pinjaman baharu
sebanyak €29.1bilion melalui program bantuan Eropah akan dipertimbangkan
kemudian.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment