Thursday, July 02, 2015
Jangan Lagi Sebut ‘Kerajaan Pakatan Pulau Pinang’…Lihatlah DAP Angkuh Dan Bodoh Sombongnya Lagi
‘Kerajaan negeri Pulau Pinang’…ingat,itu nama yang nak kena sebut la
ni.Jangan dok buat cacamarba sebut-sebut ‘ Kerajaan Pakatan Pulau
Pinang’ macam dulu.
Yang habak macam tu Lim Guan Eng,Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP.
Terma tu diputus oleh mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Rabu untuk elak
kekeliruan pasal status kerajaan DAP-PKR-PAS setelah DAP isytihar
Pakatan Rakyat sudah mati.
Ini gara-gara usul Dewan Ulama PAS yang nak putus hubungan dengan DAP.
Guan Eng beritahu dalam satu kenyataan Khamis bahawa semua Exco setuju
pentabiran negeri akan berjalan seperti biasa mengikut konsensus tiga
parti itu masa pilihanraya umum 2013.
Katanya hal ini turut dipersetujui oleh Exco Dr Afif Bahardin dari PKR.
Dr Afif baru-baru ini bertegas kata Pakatan Rakyat masih wujud.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment