Friday, July 03, 2015
Kecoh....PKR Tidak Berterus Terang Dengan DAP Mengenai PAS - Tony Pua
Seolah-olah ada yang ingin disembunyikan oleh MB Selangor, Azmin Ali
tentang pendirian beliau mengenai PAS dan juga halatuju negeri.
Dikala plot politik semakin menebal dan di luar jangkaan rakyat biasa,
persoalan paling penting yang perlu dijawab oleh Azmin Ali tika ini
adalah : MASALAH AIR BILA AKAN SELESAI?
DAP akan mengadakan pertemuan kali kedua bulan depan selepas perjumpaan
dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini tidak
membuahkan sebarang hasil berhubung kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat
(PR).
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ketika ditemui di Pejabat Menteri Besar
di bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam berkata, PKR mengambil
sikap tidak berterus terang dengan persoalan DAP mengenai bekas rakan
gabungan mereka, Pas.
"Apapun, kita menganggap pertemuan hari ini berjalan lancar walaupun
banyak kata putus yang ditunggu oleh DAP tidak berjawab. Kita akan jumpa
sekali lagi, mungkin selepas hari raya (Hari Raya Aidilftri) ini,"
katanya.
Ditanya antara agenda perbincangan hari ini, Tony berkata, ia berkaitan
hubungan DAP dengan PKR selepas PR tidak lagi berfungsi dengan kedegilan
Pas keluar dari pakatan.
Menurutnya, mereka juga turut berbincang mengenai kedudukan Mohamed
Azmin sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya berlaku perubahan di luar
jangka.
Menjawab lebih lanjut soalan wartawan dengan kenyataannya itu, Tony yang
juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara memberitahu, apa yang
dimaksudkannya ialah kemungkinan Pas Selangor akan menarik diri dan
bergabung dengan Barisan Nasional (BN).
"Itu jangkaan saya. Saya tidak bermaksud begitu sebenarnya. Tapi kita harus sentiasa berwaspada," katanya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment