Friday, July 03, 2015
Paul Lebih Baik Berhenti Jadi Paderi: Ridhuan Tee Belasah Kaw Kaw Bebbb
3 Julai 2015, Bangi : Pendakwah dan pensyarah, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee
Abdullah membidas Bishop Katolik, Paul Tan Chee Ing yang menggelarnya
sebagai ‘lidah pelacur’ kerana mempertahankan kod etika pakaian ketika
berurusan di pejabat agensi kerajaan.
Menyifatkan gelaran itu sebagai ‘kelakar’, pensyarah Universiti Sultan
Zainal Abidin itu berkata, Paul boleh menyuruh paderi lelaki dan
perempuan memakai seksi sama ada ketika berada di dalam gereja atau di
luar, jika tidak bersetuju dengan kod etika pemakaian.
“Kelakar paderi kata saya lidah pelacur. Suruh dia baca betul-betul apa suruhan agama soal berpakaian.
“Kenapa mereka (paderi) sendiri ada etika (pakaian). Bukan main bersopan
lagi mereka. Kenapa tak pakai seluar pendek sahaja (jika tak setuju kod
etika)?
“Kalau tak pandai jadi paderi lebih baik berhenti. Termasuk mereka yang
suka sensasikan berita saya seperti Ahli Parlimen Seputeh,” katanya
kepada Ismaweb
Kelmarin, Ridhuan mencabar puak yang tidak bersetuju dengan etika
pemakaian itu untuk masuk ke gereja dengan hanya berseluar dalam.
Komen itu dibuat beliau ketika diminta mengulas notis Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) DAP Kinrara yang membenarkan orang yang mahu
berurusan di Pusat Khidmat Kinrara memakai apa saja jenis pakaian,
kecuali berbogel.
Kenyataannya itu bagaimanapun tidak disenangi Bishop Katolik, Paul Tan
Chee Ing, yang menggelarkan beliau sebagai ‘lidah pelacur’.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment