Friday, July 03, 2015
Pas is Past - Lim Kit Siang
Pengasas dan pemimpin seumur hidup DAP, Lim Kit Siang bersetuju PAS
disingkirkan dalam pakatan pembangkang baharu yang bakal ditubuhkan
selepas Hari Raya Aidilfitri ini.
Persetujuan penyingkiran PAS itu diisyaratkan beliau melalui penyalinan
semula satu artikel bertajuk “PAS is past. Masa untuk PR2.0” yang
disiarkan di laman peribadinya....blog.limkitsiang.com/
“Lupakan saja PAS dengan mimpinya. Biarkan mereka berangan masih bersama
dalam PR. Kalau mereka mahu PR, berikan sahaja kepada mereka. Biarkan
lebai-lebai ini syok sendiri dengan fatwa dan politik label-melabel
mereka, “kata penulis yang disiarkan blog Kit Siang itu.
Turut dikecam penulis yang menggunakan nama ‘Riesya H’ adalah keputusan
Muktamar ke-61 yang menyaksikan kumpulan progresif PAS tewas secara
berpasukan.
“Muktamar PAS ke 61 menyaksikan bagaimana pemilihan badan kepimpinan
tertinggi pembuat dasar dan halatuju parti dipilih bukan berdasarkan
amanah dan keupayaan. Tetapi lebih kerana senarai dan ‘cai’.
“Terjadi satu penyingkiran etnik yang kronik dalam PAS. Golongan
professional dan progresif disisihkan sedemikian rupa golongan
konservatif.
“Kini, PAS berdepan dengan risiko terbelah dua. Golongan progresif
dilihat bakal membawa risiko keluar beramai-ramai dari parti dan membawa
halatuju baru diluar PAS. PAS yang ada kini dilihat berpatah balik 20
tahun.
“PAS yang ada, dengan persepsi 30 tahun ditinggalkan masa, tidak akan
kemana. Tentunya 1.8juta anak muda tidak terliur dan teruja dengan parti
imej kampong zaman 80an sebegini.
“Anak muda akan lebih selesa mengikuti ke mana arus golongan progresif.
Mereka ini lebih diyakini dan dipercaya sebahagian besar anak muda.
“PAS kini berisiko akan jadi sebuah parti kampong. Tarikan Cuma mereka
mungkin terhad di Pasir Mas, Rantau Panjang, Pengkalan Chepa atau
Marang. Itu sahaja. Malah kerusi seperti Kuala Nerus, Bukit Gantang,
Temerloh, Bachok, atau Pasir Putih pun belum tentu milik PAS pada PRU14
akan datang. Itupun terpulang bagaiamana Umno dengan cara politik cah
keting nya, seperti lazimnya di Kelantan,”kritik penulis itu lagi.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment