Monday, July 27, 2015
Kenyataan Muhyiddin Belakangi Presiden UMNO - Bahtiar Adnan
KUALA LUMPUR : Naib Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Bahtiar
Adnan menyifatkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin
lebih mengutamakan orang lain berbanding Presiden UMNO, Datuk Seri Najib
Tun Razak sendiri.
Bahtiar mengulas mengenai kenyataan yang dibuat Muhyiddin semasa ucapan
ketika majlis penutup Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras berhubung isu 1MDB.
Tambahnya, kenyataan yang dibuat Muhyiddin tersebut bakal menimbulkan
persepsi buruk terhadap rakyat khususnya ahli UMNO sendiri tentang
bagaimana hubungan beliau dengan Najib.
"Apa sebenarnya yang hendak disampaikan Muhyiddin kepada rakyat dan
ahli-ahli UMNO? Saya tidak berapa setujulah jika Muhyiddin mengutamakan
orang lain daripada ketuanya sendiri.
"Soal menghormati Mahathir itu soal lain kerana saya juga sentiasa
menghormati beliau selaku bekas Perdana Menteri tetapi kenapa Muhyiddin
tidak menegur Mahathir sendiri daripada bercakap perkara yang membuat
seluruh negara mentertawakan UMNO?
"Akibatnya, media akan mensensasikan kata-kata Muhyiddin dari semua
sudut sehinggalah hubungan Najib dan Muhyiddin menjadi semakin buruk di
mata rakyat," katanya yang dipetik melalui portal Malaysia Gazette.
Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya turut
menanggap kenyataan oleh Timbalan Perdana Menteri itu mampu
mengucar-kacirkan ahli-ahli UMNO.
Katanya, Muhyiddin telah tersilap dalam membuat kenyataan yang
mengaitkan isu kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad
terhadap Najib.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment