Monday, July 27, 2015
Rombakan Kabinet Dijangka Petang Nanti.... Jeng... Jeng
PUTRAJAYA : Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan rombakan
Kabinet pada Selasa, selepas spekulasi beberapa minggu bahawa beliau
akan membuat perubahan tertentu terhadap barisan kepimpinannya.
Perdana Menteri dijangka membuat pengumuman yang ditunggu-tunggu ini melalui sidang media pada pukul 3 petang Selasa.
Difahamkan bahawa Najib telah mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan
Abdul Halim Mu'adzam Shah pada pukul 10 pagi Selasa tetapi pejabat
beliau 'kunci mulut' apabila ditanya mengenai pertemuan itu.
Perdana Menteri juga telah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong pada Isnin.
Pelarasan Kabinet kali terakhir dibuat pada Jun 2014 apabila Presiden
MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, timbalannya Datuk Dr Wee Ka Siong dan
Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dilantik sebagai menteri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment