Sunday, July 05, 2015
Kisah 1MDB 'Sukar Untuk Dipercayai' - Ahli PAC...Nak BODOHKAN Agak Agak Lah
Petaling Jaya : Seorang ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)
dari PKR mendapati kisah mengenai wang 1MDB yang disiarkan dalam Wall
Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report sebagai sesuatu yang sukar untuk
dipercayai.
Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata tiada syarikat yang secara rahsia
akan memindahkan wang sebanyak US$700 juta (RM2.6 bilion) ke akaun
seorang individu.
"Jumlah wang yang besar seperti itu yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi tidak mungkin tidak dapat dikesan," katanya.
"Bank Negara akan menyedari transaksi tersebut," kata beliau sambil
menambah WSJ dan laman Sarawak Report mesti menunjukkan bukti bagi
menyokong dakwaan mereka.
"PAC tidak menerima sebarang laporan mengenai wang 1MDB yang melibatkan
jumlah wang besar seperti itu. Siasatan kita pun belum mencapai tahap
itu."
Kamarul Baharin, yang merupakan salah seorang daripada 13 ahli PAC yang
menjalan siasatan terhadap kontroversi 1MDB berkata panel itu tidak akan
bergantung kepada laporan media dan dakwaan yang tidak disahkan di
Internet sebaliknya berdasarkan fakta dan angka.
Seorang lagi anggota PAC Liang Teck Meng dari Gerakan memberi jaminan
bahawa mereka akan menjalankan siasatan tanpa rasa takut atau pilih
kasih terhadap 1MDB.
Bagaimanapun, siasatan akan hanya dapat dilakukan setelah mendapat laporan Ketua Audit Negara Khamis depan.
"Kita tidak boleh hanya mendasarkan siasatan berdasarkan laporan audit KPMG dan Deloitte.
"Laporan Ketua Audit Negara akan menjadi dokumen rasmi yang kita akan
rujuk. Tetapi orang ramai boleh yakin bahawa kami akan menjalankan
penyiasatan terperinci.
"Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak hanya membuat kesimpulan
terhadap maklumat yang tidak disahkan yang sedang berlegar di media
sosial," kata Ahli Parlimen Simpang Renggam itu.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment