Sunday, July 05, 2015
Najib Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap WSJ
Petaling Jaya : Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil tindakan
undang-undang terhadap Wall Street Journal (WSJ) berhubung satu artikel
yang mendakwa bahawa RM2.6 bilion telah dipindahkan ke dalam akaun bank
peribadinya.
Setiausaha politik Najib, Datuk Muhammad Khairun Aseh memberitahu sebuah
akhbar berbahasa Melayu bahawa laporan itu adalah fitnah jenayah.
"Laporan itu sungguh berniat jahat dan tidak berasas dengan sumber yang lemah dan meragukan.
"Kami akan ambil tindakan mengikut undang-undang," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian.
WSJ dan Sarawak Report menerbitkan satu artikel pada Jumaat yang memetik
seorang 'penyiasat yang tidak dinamakan', dengan mendakwa bahawa hampir
US$700 juta (RM2.63 bilion) dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Pejabat Perdana Menteri, menjawab laporan itu dengan berkata ia adalah "sabotaj politik".
1MBD menegaskan bahawa tidak ada dana telah dipindahkan ke akaun Najib.
Najib juga, lewat malam Jumaat, berkata beliau percaya bekas perdana
menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan orang di sebalik pembohongan
itu bersama-sama dengan pihak asing termasuk blog Sarawak Report yang
kini diragui kredibilitinya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment