Sunday, July 05, 2015
Jahatnya Tuduhannya....Saya Tidak Pernah Ambil Dana Untuk Kepentingan Peribadi - PM
Petaling Jaya : Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan sebarang dakwaan beliau mengambil dana untuk kepentingan peribadi.
Perdana Menteri dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya pada malam
Jumaat berkata, mengenai dakwaan terbaharu itu, beliau percaya percaya
bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan di sebalik
pembohongan itu bersama-sama dengan pihak asing termasuk blog Sarawak
Report yang kini diragui kredibilitinya.
"Biar saya perjelaskan bahawa saya tidak pernah mengambil dana untuk
kepentingan peribadi seperti yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya,
sama ada (dana) daripada 1MDB (1Malaysia Development Berhad), SRC
International atau entiti yang lain, seperti yang disahkan oleh syarikat
terbabit.
"Adalah jelas dakwaan palsu ni hanyalah sebahagian daripada kempen
terancang sabotaj politik untuk menyingkirkan perdana menteri yang
dipilih secara demokrasi.
"Mereka yang membuat dakwaan itu tidak pernah mengetengahkan sebarang
bukti. Apa yang kita dengar dakwaan itu hanyalah berasaskan pembocoran
dokumen dan penyiasat yang tidak bernama," katanya dalam satu kenyataan
sambil menambah bahawa tiada sekali pun sumber dokumen berkanaan
dikemukakan, manakala ia juga tidak pernah dibawa untuk pengesahan pihak
berkuasa.
Dr Mahathir sebelum ini membuat dakwaan bahawa sebanyak RM42 bilion
hilang daripada 1MDB walaupun ia sebenarnya merupakan hutang yang
diaudit dan disokong oleh aset diaudit bernilai RM51 bilion.
Laporan Wall Street Journal (WSJ) pada Jumaat mendakwa dana hampir
AS$700 juta (RM2.65 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Terdahulu, Sarawak Report mencetuskan pelbagai tuduhan tidak berasas
terhadap 1MDB menerusi pendedahan maklumat yang dibocorkan oleh bekas
eksekutif PetroSaudi International Ltd, Xavier Justo yang kini ditahan
di Thailand.
Menurutnya, apa yang diketahui adalah sejumlah dokumen mengenai dakwaan
baru-baru ini adalah berdasarkan laporan yang dipalsukan.
"Individu yang membocorkan dokumen ini sedang disiasat oleh pihak
berkuasa di luar negara kerana cuba memeras ugut bekas majikannya.
"Ini banyak mengatakan tentang kesahihan dokumen berkenaan dan mereka
yang menggunakannya untuk memburukkan kerajaan dan negara," katanya.
Najib berkata, mereka yang terus melancarkan serangan itu perlu bersedia berhadapan dengan kesannya akibat tindakan mereka.
Tambahnya, taktik-taktik kotor termasuk beberapa taktik jenayah dalam
keadaan untuk menggulingkan kerajaan akan menemui kegagalan dan mereka
akan berdepan dengan tindakan undang-undang.
"Malangnya, serangan palsu yang didorong kepentingan peribadi ini
berlaku pada ketika Malaysia memiliki kelebihan unik termasuk seperti
menjadi Pengerusi Asean tahun ini dan hampir mencapai status negara
maju.
"Saya akan terus memberikan tumpuan kepada usaha membangunkan negara untuk rakyat," jelas Najib.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment