Sunday, July 05, 2015
PAS Kuala Terengganu Dedah Agenda 'Singapura Kedua' DAP......Sedarlah Melayu
Shah Alam : Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim
mendedahkan agenda 'cauvinisme' Cina DAP yang dilihat cenderung mahu
membentuk 'Singapura Kedua' di Malaysia.
Ahmad Amzad dalam satu kenyataan berkata, sikap angkuh dan gelojoh DAP
dalam mencapai cita-citanya itu semakin jelas apabila parti itu menolak
PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat (PR).
"Perpecahan ini sedang dituai dengan rakus oleh DAP. Mereka angkuh dan
gelojoh dalam menjayakan agenda cauvinis menguasai negara agar cita-cita
sebuah lagi Singapura segera dicapai", katanya.
Ahmad Amzad juga mempersoalkan langkah agresif DAP menarik ahli dari kalangan bukan Melayu menyertai parti itu.
"DAP sedang dengan agresif mendaftar masyarakat bukan Islam sebagai
pengundi untuk menguasai negara. Mereka juga ambil orang Melayu agar
bila perlu, mereka ada calon untuk jadi menteri besar di negeri negeri
bersultan.
"Tentu sekali (mereka) Melayu yang patuh pada agenda DAP seperti Zairil atau Nizar Jamaludin," ujar Ahmad Amzad.
Kemelut yang mencengkam Pakatan Rakyat semakin meruncing apabila DAP mula memulaukan PAS terutamanya di Sabah dan Sawarak.
Keadaan semakin memburuk apabila PAS dalam Muktamar Tahunan ke-61 di
Kuala Selangor pada Jun lalu menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama agar
PAS memutuskan hubungan dengan DAP.
Ia ekoran tindakan DAP mengisytiharkan 'perang senyap' dengan memutuskan
hubungannya dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan
isu PAS ingin melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment