Sunday, July 05, 2015
Susah Saya Nak Saman Hadi, Kata Ahmad Awang.... Meroyan ker???
Shah Alam : Bekas calon presiden PAS, Ahmad Awang berkata beliau
menghadapi kesukaran untuk meneruskan mengambil tindakan undang-undang
terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana presiden PAS itu menafikan
tuduhannya.
Oleh itu, katanya, Hadi mungkin boleh selamat dari perhitungan urusan
dunia walaupun Ahmad mendakwa beliau pernah melabelnya sebagai 'calon
DAP' pada pemilihan semasa Muktamar Tahunan PAS Ke-61 awal bulan lalu.
"Dia boleh selamatlah di dunia," kata Ahmad merujuk kepada kenyataan
Hadi yang menafikan beliau mendakwa bekas pesuruhjaya PAS Perak itu
calon yang mewakili DAP dalam pemilihan yang lalu.
Menurut Ahmad, oleh kerana perkara itu dinafikan Hadi, sukar untuk
beliau meneruskan saman terhadapnya berdasarkan kes yang hampir sama di
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu sebelum ini.
"Peguam saya menasihatkan saya, oleh kerana dia nafi, maka sukar kita
nak menang, kerana dalam kes sebelum ini, mahkamah memutuskan walaupun
ada fitnah, tetapi dia tidak nyatakan dengan jelas orang yang
difitnahnya.
"Jadi, dalam kes saya pun samalah. Dia tidak sebut nama saya, cuma dia kata, nak pilih calon DAP atau calon dari PAS sendiri.
"Sekarang dia nafi pula apabila saya kata mahu saman," kata bekas naib presiden PAS itu dipetik kepada The Malaysian Insider.
Bekas naib presiden PAS itu sebelum ini berkata, beliau sedang mengkaji
tindakan saman terhadap beberapa pihak, termasuk Hadi, yang memfitnahnya
menjelang muktamar itu.
Ahmad merujuk kepada sebuah video yang diedarkan di media sosial,
khasnya di kalangan perwakilan PAS, yang menunjukkan Hadi mendakwa
perwakilan boleh memilih antara calon pilihan DAP atau pilihan PAS
sendiri.
Ahmad dan kumpulan profesional progresif yang menyertai pertandingan itu
ditewaskan secara blok melalui "undi cai" yang digunakan dalam
pemilihan itu.
Sebelum ini, bekas calon PKR pilihan raya umum ke-13 di Dewan Undangan
Negeri Bukit Besi, Terengganu pernah menyaman Hadi selepas beliau
mendakwa pihak yang menjual pil kuda juga terpilih sebagai calon dalam
PRU13.
Calon PKR itu menyaman Hadi dengan dakwaan memfitnah beliau.
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memutuskan ada unsur fitnah dalam
kenyataan itu, tetapi pihak yang dimaksudkan tidak dinyatakan oleh
defendan (Hadi).
Ekoran itu mahkamah memihak kepada Hadi dalam kes itu.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment