Tuesday, July 28, 2015

Lagi Kena Kutuk, Lagi Popular.. Ahmad Maslan Dijangka Jadi Menteri Penuh

Siapa yang tak kenal dengan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan? Popular dengan "nasi goreng GST" beliau didalam media sosial, Ahmad Maslan kini boleh dikatakan sebagai antara "selebriti" yang paling berpengaruh dikalangan netizen.

Tanggung jawab beliau untuk menjelaskan hal ehwal ekonomi serta menghadapi rakyat didalam menjelaskan polisi kewangan kerajaan, Ahmad Maslan boleh dianggap antara pemimpin yang "kebal" dari segala kritikan lawan.

Seringkali kenyataan beliau menerima kutukan didalam media sosial, tetapi dengan tugas yang digalas untuk mempertahankan dasar-dasar kerajaan, Ahmad Maslan dilihat semakin lali dengan karenah penyokong pembangkang.

Mungkin disebabkan "kekebalan" beliau berhadapan dengan "amukan" penyokong pembangkang didalam dunia siber, Ahmad Maslan diberitakan akan dilantik sebagai Menteri Penuh apabila rombakan kabinet kerajaan dilakukan tak lama lagi.

Utaranews.com difahamkan, hasil dari usaha beliau didalam memerangi persepsi buruk terhadap kerajaan didalam media sosial, Ahmad Maslan bakal dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Jika maklumat yang diterima ini benar-benar menjadi kenyataan, ianya menunjukkan Ahmad Maslan telah berjaya mendapatkan kepercayaan dari Perdana Menteri untuk memegang tanggung jawab yang lebih besar.

Harus diakui, walaupun kelihatan agak lawak, sebenarnya Ahmad Maslan telah melakukan tugas beliau dengan baik. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment