Tuesday, July 28, 2015
Perlis DISAHKAN Jadi Pintu Masuk Utama PATI.. Apa kata Dr Maza??
Selepas penemuan menggerunkan 139 kubur di 28 kem transit Pendatang
Tanpa Izin (PATI) di sempadan Malaysia/Thailand di Wang Kelian Perlis,
pihak berkuasa tempatan kini mendedahkan bahawa negeri berkenaan menjadi
pusat utama kemasukan PATI ke Malaysia.
Pagar yang usang serta kawalan keselamatan yang longgar dikatakan
menjadi punca utama PATI meloloskan diri untuk bermastautin di negara
ini. Mengapa ini berlaku? Apakah tiada sebarang usaha untuk membenteras
kegiatan penyeludupan manusia ini di negeri Perlis?
Menurut sumber Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Perlis, seramai 2359
PATI telah ditahan sepanjang tahun lepas. Rata-rata mereka ditangkap
apabila telah berjaya meloloskan diri ke dalam negara Malaysia.
Jangan terkejut kerana jumlah berkenaan belum termasuk PATI yang ditahan
oleh agensi utama lain termasuklah Pasukan Gerakan AM (PGA). Jika
dicampurkan semuanya, jumlah PATI yang berjaya menerobos masuk ke
Malaysia amat menakutkan!
Dimanakah amanah serta tanggungjawab pemimpin yang ditugaskan untuk
menjaga negeri Perlis? Rakyat memilih kerajaan negeri agar pihak
tersebut mentadbir negeri dengan baik serta menjaga keamanan negeri
serta negara dari ancaman luar. Bukannya hanya untuk berpolitik 24 jam
sahaja.
Dimana juga suara Mufti Perlis, Dr Maza yang selama ini begitu lantang
mengecam kerajaan Malaysia didalam isu kebanjiran warga asing? Mengapa
Dr Maza tidak menegur kepimpinan negeri yang terbukti mengancam
keselamatan serta keamanan negara dari PATI?
Adakah kerana isu ini terjadi di Perlis, maka Dr Maza berdiam diri untuk
menyembunyikan pekung sendiri? Sedangkan sebelum ini beliau dilihat
begitu ghairah menyindir kerajaan Malaysia didalam pelbagai isu ekonomi
serta pentadbiran politik kerajaan.
Dengan pendedahan berkenaan isu PATI di Perlis ini, beranikah Dr Maza
bersuara? Ataupun beliau hanya memilih untuk berdiam diri kerana isu ini
kurang menarik untuk meraih publisiti murahan di laman sosial
Facebook..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment