Tuesday, July 28, 2015

Amaran Haron Din Pada PKR.. Kalau Berani Sila Join GHB!

Baru-baru ini terdapat kenyataan dari PKR bahawa Anwar Ibrahim menyokong penubuhan Gerakan Harapan Baru oleh Mat Sabu untuk menggantikan PAS didalam Pakatan pembangkang. Anwar dilaporkan bersetuju dengan perjuangan GHB untuk bersama DAP dan PKR menawan Putrajaya pada PRU14.

Susulan dari kenyataan berkenaan, Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din telah memberi amaran kepada PKR agar perkara berkenaan ditimbang secara mendalam. Menurut Haron, hubungan antara PAS dan PKR akan putus jika GHB menjadi parti yang menggantikan PAS dan bergabung didalam Pakatan pembangkang yang baru.

"Dengan keputusan itu maka akan terputuslah hubungan antara kedua-dua parti dan masing-masing bakal meneroka jalan sendiri selepas terbubarnya pakatan pembangkang.

“Kalau mereka hendak menubuhkan parti baharu, saya ucapkan selamat maju jaya..

"‎Semoga GHB tidak tinggal harapan sahaja dan masa akan menentukan. Jika umur kita panjang, kita akan melihat apa yang berlaku seterusnya," katanya.

PKR harus menyedari bahawa mereka selama ini memperolehi kemenangan dibeberapa kerusi DUN dan Parlimen diatas sokongan ahli-ahli PAS. PKR juga banyak dibantu oleh jentera PAS seluruh negara untuk berkempen didalam beberapa siri pilhanraya.

Bagaimanakah nasib PKR tanpa sokongan dari PAS? Apakah GHB dan DAP mampu membantu PKR seandainya tiba musim pilihanraya nanti? Dari segi jentera dan juga petugas pilihanraya, DAP dan PKR dilihat sangat lemah. Ini dibuktikan didalam PRK Permatang Pauh yang baru berlansung.

Walaupun PKR menang dikawasan tersebut, ianya hanya semata-mata sumbangan dari ahli-ahli PAS yang keluar mengundi disaat akhir. Dapat dilihat jentera kempen pilihanraya PKR dan DAP langsung tidak bergerak tanpa penyertaan dari PAS akibat krisis Hudud.

Jadi.., beranikah Wan Azizah dan juga Azmin menyahut cabaran ulama besar PAS tersebut? Beranikah Wan Azizah dan PKR meninggalkan PAS untuk bersama DAP serta GHB? Sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment