Tuesday, July 28, 2015

Rintihan Anwar - Rela Dipenjara Demi Masa Depan Rakyat Malaysia

Dalam satu rencana yang dikeluarkan oleh Wall Street Journal (WSJ) semalam, bekas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata beliau sanggup dipenjara demi memastikan rakyat Malaysia mempunyai masa depan yang cerah.

Anwar juga mendakwa Malaysia kini ditadbir secara diktator oleh kerajaan sedia ada sehingga memaksa dirinya dipenjarakan. Walhal seluruh negara mengetahui bahawa Anwar dipenjarakan kerana salah laku moral.

Selain itu, Anwar juga berkata Malaysia akan menjadi negara yang gagal jika pentadbiran sekarang tidak diubah dan diteruskan. Menurut Anwar, ekonomi negara kini amat teruk dan disalah urus oleh pentadbiran kerajaan.

Agak menghairankan, mengapa Anwar perlu membabitkan seluruh rakyat didalam kesalahan yang beliau sendiri lakukan? Bukankah Anwar dipenjara kerana kesalahan meliwat pembantu peribadinya? Semua rakyat Malaysia tahu tentang hal ini dan tiada siapa pun yang menyokong beliau sewaktu disumbat ke penjara.

Anwar mendakwa ekonomi Malaysia kini sangat teruk sehingga negara akan gagal. Fakta mana yang Anwar gunakan? Adakah Anwar menganggap kejatuhan nilai ringgit sebagai tanda ekonomi negara merudum?

 Bukankah ketika ini semua negara didunia mengalami kejatuhan nilai matawang masing-masing termasuklah Amerika Syarikat sendiri?

Jika Anwar mahu mengatakan negara ini ditadbir secara diktator, kenapa kes perbicaraan Anwar berlanjutan bertahun-tahun lamanya dan dia dibiarkan bebas berceramah mengutuk kerajaan didalam dan diluar negara dengan bebas?

Jika diktator, sudah lama rasanya Anwar merengkok didalam penjara. Nasib baik Anwar menetap di Malaysia, bukan Singapura! 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment