Monday, July 27, 2015
Makin Panasss!!!! Saja Cari Pasal... PKR Johor Umum Mahu Bertanding Di Tiga Kerusi PAS
Belum apa-apa lagi...sikap tamak sesetangah pemimpin dalam PKR memang meloyakan.
Dalam satu kenyataan media pada Isnin, PKR Johor memberitahu mereka
bercadang untuk bertanding di lapan Dewan Undangan Negeri (DUN) tambahan
termasuk kerusi yang sebelum ini ditandingi PAS dalam PRU14 akan
datang.
Pengerusi PKR Johor, Hasan Karim berkata, tiga daripada lapan DUN
berkenaan membabitkan DUN Gambir, DUN Puteri Wangsa dan juga DUN Permas.
DUN Gambir sebelum ini ditandingi oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat,
iaitu Datuk Dr Mahfodz Mohamed manakala DUN Puteri Wangsa kini disandang
oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin.
Menurut Hasan, PKR Johor turut memutuskan untuk kekal bertanding di 12
kerusi parlimen dan juga 12 kerusi DUN yang ditandingi parti berkenaan
pada pilihan raya sebelum ini,
“Ini bermakna, PKR Johor akan kekal bertanding di 12 kerusi Parlimen dan
bersedia untuk bertanding sekurang-kurangnya 20 kerusi daripada 56
kerusi DUN.
“Keputusan tersebut merupakan resolusi yang dipersetujui selepas
mengadakan Retreat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor yang
berlangsung pada 25 hingga 26 Julai lalu yang dihadiri Pengarah Jabatan
Pilihanraya Pusat (JPRP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah
Strategi PKR, Sim Tze Tzin.
“Kedua-dua mereka akan memajukan resolusi Retreat PKR Johor tersebut
kepada pimpinan pusat parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Hasan, pihaknya juga mengambil maklum bahawa Pakatan Rakyat tidak
lagi wujud sama ada di peringkat nasional atau peringkat negeri,
Jelasnya, PKR Johor bersedia untuk mewujudkan kerjasama politik dengan
mana-mana parti, pertubuhan bukan kerajaan dan individu-individu yang
bersedia melawan UMNO dan Barisan Nasional, sejajar dengan pendirian
PKR.
“PKR Johor turut akan menampilkan lebih ramai pimpinan muda terdiri
daripada pelbagai latar belakang dan bangsa yang lebih progresif, di
mana mereka ini bersedia memimpin dan membawa perubahan pada PRU ke-14
khususnya di negeri Johor,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment