Thursday, July 02, 2015
Malaysia Insider Putar Belit Isu Zakat – PM
KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI
“1. Pejabat Perdana Menteri menafikan laporan portal The Malaysian
Insider yang bertajuk “Peningkatan kutipan zakat antara faktor Malaysia
diiktiraf Fitch, kata Najib”. Laporan tersebut adalah tidak tepat.
2. Di Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri anjuran MAIWP pada hari
ini, YAB Perdana Menteri telah berkata bahawa antara faktor peningkatan
kutipan zakat termasuklah pengenalan dasar kerajaan yang betul dan
pengurusan ekonomi yang baik dengan dibantu oleh sistem pembayaran zakat
tersusun.
3. YAB Perdana Menteri juga berkata bahawa badan penarafan
antarabangsa Fitch semalam telah menaiktaraf unjuran Malaysia daripada
‘Negatif’ kepada ‘Stabil’ kerana pengurusan dan kedudukan ekonomi serta
kewangan negara.
4. YAB Perdana Menteri tidak pernah berkata bahawa peningkatan
kutipan zakat adalah antara faktor Malaysia diiktiraf oleh agensi
penarafan Fitch.
5. Pejabat Perdana Menteri kesal dengan The Malaysian Insider yang
cenderung memutarbelit kenyataan YAB Perdana Menteri dan kerajaan
sehingga menimbulkan salah faham dan keresahan dalam masyarakat.”
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment