Sunday, July 05, 2015
Melayu Kena Waspada Agenda DAP, Kata Pemimpin PAS
Bangi, Jumaat – Seorang pemimpin PAS hari ini melahirkan kebimbangan
terhadap sikap bekas sekutu mereka DAP, yang didakwa sedang berusaha
menjayakan agenda cauvinis mereka untuk menguasai negara.
Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata,
perkara itu boleh dilihat dengan beberapa tindakan parti perkauman itu
yang ‘bermulut celupar’ mempertikai kesucian agama dan hukum Islam di
negara ini.
“Mempertikai kewujudan institusi penting seperti JAKIM, mempertikai
bidang kuasa Raja-Raja Melayu dan tindakan provokatif yang menguji
toleransi umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kenyataan bertajuk “Jika DAP nekad hasut bukan Melayu tolak PAS,
bukan susah umat Islam bertindak balas” itu, Ahmad Amzad berkata, DAP
sedang agresif mendaftar masyarakat bukan Islam sebagai pengundi untuk
menguasai negara.
Mereka katanya, sedang ambil orang Melayu agar bila perlu, mereka juga
mempunyai calon yang layak untuk diangkat sebagai menteri besar di
negeri-negeri bersultan.
Namun kata beliau, jika lebih 61 peratus rakyat Malaysia yang beragama
Islam secara bersatu memberi mesej jelas kepada segelintir pemimpin
atasan ‘yang lupa diri’ tersebut, tiada lagi yang akan bermulut celupar.
“Dan orang Melayu kena pastikan semua anak-anak mereka, jiran-jiran
mereka, pelajar-pelajar, anak buah yang layak atau sebaik sahaja layak,
wajibkan mereka mendaftar sebagai pemilih atau pengundi pilihan raya,”
katanya.
Beliau juga mengingatkan orang Melayu, agar tidak lupa sejarah perpisahan Singapura dari Malaysia.
“Tiada siapa boleh sangkal DAP asalnya dari parti PAP yang berkuasa di Singapura.
“Sekalipun pada minggu lepas begitu bersungguh sekali pegawai kedutaan
Singapura cuba yakinkan pemimpin pertengahan kita bahawa PAP tiada kena
mengena dengan DAP,” katanya.
Sehubungan itu katanya, semua orang Melayu Islam perlu bersatu tanpa
mengira perbezaan politik, agar kuasa orang politik Melayu lebih kuat.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment