Sunday, July 05, 2015
Orang Kecewa.....Pakatan Rakyat 'Baharu' Selepas Aidilfitri - Mat Sabu
Butterworth : Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberitahu kepada
lebih 1,000 tetamu yang menghadiri majlis berbuka puasa di sini bahawa
pembentukan Pakatan Rakyat yang baharu akan diumumkan selepas
Aidilfitri.
Beliau berkata, terdapat keperluan untuk Pakatan Rakyat yang baharu yang akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
"Mudah-mudahan selepas Syawal, kita akan melihat satu gelombang baharu muncul.
"Untuk mencapai Pakatan yang lebih kukuh, perlu ada integriti, tanpa
membangkitkan tentang perkauman yang boleh menjadi provokasi isu.
"Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempraktiskan amalan-amalan seperti
integriti, budaya dan nilai-nilai murni yang sama dengan ajaran Islam,
seperti yang terdapat dalam al-Quran.
"Ia tidak mengajar kita menggunakan perkatan seperti panggilan serigala dan anjing.
"Ia mengenai mengamalkan keharmonian dan persefahaman pelbagai kaum," katanya, Jumaat.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment