Monday, July 27, 2015
Muhyidin Patut Nasihat Mahathir.. Bapa Mana Yang Sanggup Fitnah Anak Sendiri??
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa kepada semua
ahli Umno supaya hormat kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad sebagai seorang bapa.
Oleh itu, atas dasar hormat kepada bekas perdana menteri itu, Muhyiddin
berharap semua ahli Umno dapat berhenti membuat serangan balas terhadap
Mahathir.
"Berhentilah hentam Tun M," kata Muhyiddin.
Muhyiddin berkata, Mahathir perlu dihormat kerana beliau merupakan bekas
perdana menteri dan dianggap sebagai bapa kepada ahli Umno.
"Saya setuju Dr Mahathir ibarat bapa kita, beliau bekas perdana menteri
ada banyak idea. Saya tidak pernah ada masalah dengan Dr Mahathir, tidak
sulit untuk saya komunikasi dengan beliau dalam beberapa pertemuan,"
katanya.
Menurut Muhyiddin, kritikan yang dilontarkan oleh Mahathir kepada
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah sebagai satu nasihat bapa
kepada anaknya.
Muhyiddin berkata, disebabkan Mahathir sayangkan Najib untuk terus kekal
sebagai perdana menteri, Mahathir banyak memberi nasihat kepada Najib.
"Dr Mahathir bimbang dengan kedudukan Najib sebab dia sayang Najib...
pasal mengenang sejarah Tun Abdul Razak Hussein. Dia hanya beri
pandangan dan saya tak fikir ia melampau," jelasnya.
Adakah saranan Muhyiddin ini perlu diikuti oleh ahli Umno?? Bagi Andy,
memang benar kita sebagai orang muda perlu menghormati orang yang lebih
tua kepada kita. Tetapi yang tua juga perlu kasih kan kepada yang muda.
Bak kata pepatah yang muda dikasih dan yang tua dihormati.
Tetapi jika orang yang lebih tua daripada kita sering menghina,mencaci
dan memfitnah kita, adakah kita masih perlu menghormati beliau dengan
hanya mendiamkan diri serta menganggukkan kepala sahaja??
Jika Muhyiddin mahukan ahli Umno menganggap Mahathir sebagai bapa, maka
Andy sarankan orang pertama yang perlu dinasihatkan ialah Mahathir.
Mengapa Mahathir yang perlu dinasihatkan?? Ini kerana Mahathir yang
dianggap bapa itu salah mendidik anaknya.
Adakah seorang bapa akan memalukan anaknya sendiri kepada orang luar??
Mana ada seorang bapa yang sanggup memalukan anaknya kepada orang luar
hanya kerana semata-mata keinginan si bapa itu tidak dipenuhi oleh
anaknya.
Persoalan mulai timbul apabila Muhyiddin menggesa ahli Umno supaya
berhenti menyerang Mahathir, tetapi membiarkan saja Mahathir untuk terus
menyerang perdana menteri sehingga memburukkan nama Malaysia di luar
negara.
Adakah Muhyiddin mahu Najib dijadikan boneka kepada Mahathir yang dilihat masih perasan dirinya sedang memerintah negara??
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment