Monday, July 27, 2015
PBA dan DAP Rompak Duit Rakyat Di Pulau Pinang Melalui SurCaj Air..
Kejam!!! Kejam!!! Kejam!!! Itulah yang boleh Andy katakan kepada kerajaan negeri dibawah Pulau Pinang dibawah pentadbiran DAP.
Mengapa
Andy katakan kerajaan negeri DAP itu kejam?? Ini kerana mereka telah
rakus menguasai kuasa yang diberikan rakyat pada pilihan raya umum (PRU)
lalu dengan merompak duit rakyat secara halus dan taktikal.
Mana
tidaknya, bil air yang dibawah kerajaan negeri pada awalnya mula
mengenakan caj tersembunyi iaitu caj 90 sen jika membuat bayaran di
pejabat pos, sedangkan caj itu perlu ditanggung oleh Syarikat Perbadan
Bekalan Air (PBA).
Kini mereka mula mengenakan caj 'surcaj PBA'
dibawah kod 29 yang dikenakan hampir 50 peratus dari caj penggunaan
liter air. Tidak masuk akal harga surcaj yang dikenakan ini.
Sikit
demi sedikit mereka mula merompak wang rakyat dan tidak mustahil akan
dikenakan lagi 'caj' tersembunyi oleh kerajaan negeri itu.
Lebih
menyakitkan hati apabila caj yang dikenakan terlalu tinggi itu tidak
setimpal perkhidmatan yang diperoleh oleh penduduk di negeri itu. Mana
tidaknya, ada harinya, air begitu keruh sehingga pengguna terpaksa
mengeluarkan wang perbelanjaan membeli alat penapis untuk menggunakan
sumber air itu untuk kegunaan harian.
Malah, ada juga
dikawasan-kawasan tertentu tekanan airnya begitu rendah sehingga
menyebabkan pengguna terpaksa menahan air terlebih dahulu dan perkara
ini juga menyebabkan pengguna terpaksa membeli bekas yang lebih besar
untuk menahan air.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment