Friday, July 03, 2015

Najib Bukan Bodoh Masuk Duit ‘Songlap’ Dalam Akaun Peribadi

EDITOR MENULIS...
3 JULAI 2015

Datuk Seri Najib Tun Razak diketahui seorang yang sangat hebat dan bijak.  Tak perlu lihat banyak, Pakatan Rakyat yang ditubuhkan pada era Paklah jadi Perdana Menteri, berkubur pada zamannya (Najib) menjadi Perdana Menteri, bukankah itu hebat?
http://www.mynews21.net/wp-content/uploads/2015/04/najib-razak1.jpg
Malah, Menteri Besar Selangor dari parti pembangkang pun minta nasihat beliau untuk selesaikan masalah air negeri itu.  Tak hebat lagi, tak tahulah nak cakap.

Jadi dengan apa cara seorang yang hebat seperti ini, boleh melakukan kesilapan cukup bodoh dengan memasukkan wang ‘songlap’ dari 1MDB ke dalam akaun peribadinya sendiri? Sudah tentu tidak masuk akal.

Orang biasa, contohnya pesalah dalam kes rasuah, mereka pun tidak begitu bodoh dengan memasukkan wang rasuah itu ke dalam akaun peribadi masing-masing atas alasan yang cukup mudah – ia boleh dijejaki dengan sangat senang.

Takkanlah Perdana Menteri tak tahu perkara ini?

Jadi rancangan bersepadu pembangkang dengan menggunakan laporan Sarawak Report dan WSJ untuk memfitnah Perdana Menteri ini, tidak akan jalan, malah boleh memalukan mereka semula.

Menggunakan Sarawak Report itu sendiri pun satu kesilapan pembangkang sebab kredebiliti laman tersebut sudah tidak setelah dikaitkan dengan penggunaan dokumen palsu yang dibekalkan Xavier Andre Justo.

Tapi kalau dah terdesak, apa pun boleh jadi.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment