Friday, July 03, 2015
Peguam PAS, Bekas Calon Ketua Pemuda Kini Akan Sertai DAP
Selepas seorang aktivis parti meninggalkan PAS dan menyertai DAP 2
minggu lalu, seorang lagi aktivis, Zulhazmi Sharif, mengambil tindakan
serupa hari ini.
Keputusan itu diambil kurang sebulan selepas Muktamar PAS awal bulan lepas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP.
Mengumumkan keputusannya di media sosial semalam, Zulhazmi berkata
beliau akan menyerahkan borang keahlian menyertai DAP pada satu majlis
hari ini.
"InsyaAllah kalau tak ada apa-apa, esok akan serah borang dalam majlis
berbuka puasa bersama seorang ahli Parlimen DAP," tulis peguam itu di
laman Facebooknya semalam sambil menunjukkan borang permohonan menjadi
ahli DAP.
Pencadang kepada permohonan itu adalah Syefura Osman, lebih dikenali sebagai Rara, gadis Melayu yang juga ahli DAP.
Sebelum ini, bekas aktivis Pemuda PAS, Sheikh Omar Ali menyertai DAP
kerana kecewa sikap sebahagian pemimpin PAS yang lebih gemar menjadikan
parti Islam itu "eksklusif" dan berterusan dengan polemik lama yang
dikitar semula.
Beliau juga meletakkan faktor "pembersihan etnik" pada pemilihan parti
awal bulan lepas sebagai mendorong keputusan meninggalkan PAS.
Zulhazmi kini merupakan penasihat undang-undang PasMa, kumpulan pendesak
serpihan PAS yang mahu parti Islam itu terus kekal dengan Pakatan
Rakyat (PR).
Dua tahun lalu, Zulhazmi bertanding merebut kerusi ketua Pemuda PAS
dalam pertandingan tiga penjuru antara beliau, Suhaizan Kaiat dan
Kamaruzaman Mohamad, namun tewas.
Beliau mula terkenal apabila menjadi peguam kepada Kempen Anti Saman
Ekor (Kase) yang ditubuhkan ketua penerangan PAS ketika itu, Datuk
Mahfuz Omar.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment