Wednesday, July 01, 2015

Parti Baharu Serpihan Pas Tiada Hala Tuju, Cuba Uji Populariti – Prof Halim

2 Julai 2015, Kuala Lumpur : Mereka ini sebenarnya telah hilang haluan dan tiada hala tuju yang jelas kerana setelah dipinggirkan dan tidak dipilih di dalam muktamar parti baru-baru ini, lantas menimbangkan akan menubuhkan parti yang baharu bagi menyaingi parti yang didukungi selama ini, ujar penganalisis politik tempatan Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek.
https://lh3.googleusercontent.com/XZFvuwu0OQwYpudavJBuDZA8AtOZyAWQmYX1pHCQ2RoosvORkECySxwtfZW1hkSdLbu1E2G0dHuIFzqexps
Menurutnya lagi, mereka ini memang tidak dikehendaki langsung oleh golongan-golongan yang setia dengan kepimpinan ulama kerana rahsia dan tindak-tanduk mereka selama ini telah tersebar luas dan sekarang Pas dalam proses membersihkan parti dari dalam.

“Golongan yang kecewa ini sebenarnya juga nak menunjukkan berapa ramai pengikut-pengikutnya yang akan ikut mereka apabila tubuhkan parti baru ini.

“Sekarang ini dalam suasana menguji populariti dan pengaruh, sekiranya sambutan yang diterima cukup baik, mereka akan tubuhkan parti tersebut.

“Tetapi jika sebaliknya yang berlaku hambar seperti perjumpaan di Perak tidak mendapat sambutan, mungkin mereka ini akan duduk diam dalam Pas sahaja,” katanya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi, berkemungkinan juga golongan ini memerlukan landasan yang baharu demi cita-cita yang berkehendakkan menjadi calon pilihan raya, setelah tiada lagi tempat di dalam Pas.

Walaubagaimanapun, katanya lagi, untuk menubuhkan sebuah parti yang baharu, bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan soal kewangan yang besar dan jentera parti yang ramai dan pasti bersifat sementara sahaja jika kedua-dua faktor tersebut tidak berjaya ditangani.

Jelas juga tindakan mereka ini bukan mementingkan kedudukan Islam tetapi untuk kepentingan pangkat dan kedudukan masing-masing apabila menubuhkan parti yang baharu, katanya lagi.

“Apabila menjadi wakil rakyat atau ada jawatan, boleh dapat elaun dan pelbagai keistimewaan. 

Seperti yang berlaku di Pulau Pinang, apabila kemelut Pas dan Dap capai kemuncak, ramai ahli Pas yang letak jawatan dalam kerajaan negeri itu.

“Tetapi apabila wujud golongan-golongan yang mementingkan jawatan dan kedudukan, mereka ini yang akan berusaha untuk mendapat tempat, dengan salah satu caranya menubuhkan parti yang baharu,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berpandangan golongan ini ibarat anak ayam yang kehilangan ibu, tidak tahu punca dan ke mana hendak pergi.

“Mereka tidak ikhlas dalam perjuangan. Duduk dalam Pas sebab hendakkan jawatan dan kedudukan, bila tiada jawatan nak keluar dan tubuhkan parti baharu.

“Parti itu yang telah menaikkan dia, apabila tiada tempat, mula menunjukkan rupa yang sebenar, menggunakan parti untuk kedudukan sendiri sahaja. Kalau benar-benar ikhlas, walaupun tiada jawatan dalam parti, bantulah parti itu,” tegasnya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment