Wednesday, July 01, 2015
Adakah PAC Akan Menyiasat RM42 Billion Yang Hilang ?
Kenyataan media oleh Arul Kanda, Presiden &
Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Dikeluarkan pada 2 Julai 2015.
Untuk
siaran segera
1MDB Sedang Dalam Siasatan
“1MDB merujuk kenyataan-kenyataan tertentu oleh YB Tony Pua yang
diterbitkan dalam media online hari ini, yang mempersoalkan mengapa
tiada tindakan diambil terhadap 1MDB oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
YB Tony Pua dengan sengaja tidak menekankan fakta bahawa 1MDB pada
ketika ini sedang menjadi subjek kepada siasatan oleh beberapa pihak
berkuasa yang berkenaan, termasuk Ketua Audit Negara, Bank Negara
Malaysia, PDRM dan seterusnya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),
sebuah jawatankuasa yang dianggotai sendiri oleh YB Tony Pua.
1MDB
sedang memberikan sepenuh kerjasama kepada siasatan ini. Keterangan dan
bukti yang berkaitan dengan syarikat telah pun dan akan terus dikongsi
bersama dengan pihak-pihak berkuasa ini.
Tambahan pula, 1MDB telah berulang kali memberikan penjelasan
terhadap dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh pelbagai pihak, termasuk Tun
Dr. Mahathir Mohamad, YB Tony Pua, dan kumpulan media The Edge.
PAC, yang mana YB Tony Pua sendiri merupakan salah seorang
anggotanya, adalah pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk
mengesahkan dakwaan-dakwaan seperti RM42 bilion telah ‘hilang’ daripada
1MDB. Demi keadilan dan proses yang wajar, 1MDB percaya bahawa YB Tony
Pua akan memastikan PAC akan menyiasat dakwaan spesifik ini iaitu “RM42
bilion hilang” dengan cara yang sama beliau tegaskan agar
dakwaan-dakwaan lain terhadap 1MDB disiasat.
1MDB menekankan kedudukan kami sebelum ini bahawa jika terdapat
sebarang salah laku, tindakan harus diambil oleh pihak berkuasa yang
berkenaan, mengikut proses yang wajar dan mengikut undang-undang
negara.”
Oleh :
Arul Kanda
Presiden & Pengarah Eksekutif
Kumpulan 1MDB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment