Wednesday, July 01, 2015
Pulau Pinang Bukan Lagi Negeri Pakatan Rakyat.. - Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mahu status mengenai
Pakatan Rakyat dipadamkan mengatakan kerajaan negeri pentadbirannya kini
digelar 'kerajaan Pulau Pinang' dan bukannya digelar sebagai kerajaan
Pakatan Rakyat lagi.
Guan Eng berkata, perkara itu telah dipersetujui oleh exco-exco negeri
yang bermesyuarat semalam dan memutuskan Kerajaan Pakatan tidak lagi
wujud.
Tambahnya, oleh itu semua exco yang hadir mesyuarat telah sebulat suara
menyokong pentadbiran negeri dikenali sebagai kerajaan Pulau Pinang.
"Resolusi ini dipersetujui sebulat suara oleh semua exco dalam mesyuarat itu, termasuk exco kesihatan negeri Dr Afif Bahardin.
"Oleh itu exco memutuskan kami kini dikenali sebagai kerajaan Pulau
Pinang dan bukan kerajaan negeri Pakatan," jelas Guan Eng dalam satu
kenyataannya hari ini.
Menurut Guan Eng, walaupun terdapat seorang wakil Adun daripada Pas,
mereka tetap akan melaksanakan tugas mentadbir negeri seperti biasa.
Guan Eng berkata semua wakil termasuk Adun tunggal daripada Pas bagi
kawasan Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man juga berjanji untuk
menjalankan tanggungjawab sebagai Adun.
Oleh itu, tiada lagi perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri.
"Maka, tidak ada perubahan dalam kerajaan negeri," katanya.
Bagaimanapun, menurut sumber yang didapati, kerajaan negeri Pulau Pinang
bakal menyingkirkan wakil dari PKR susulan Azmin enggan melayani
permintaan DAP untuk menyingkirkan wakil Pas dari kerajaan Negeri
Selangor.
Permintaan itu dibuat selepas DAP mengumumkan Pakatan Rakyat tidak lagi
wujud susulan Pas membahas usul putus kerjasama dengan DAP pada muktamar
awal bulan lepas.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment