Thursday, July 02, 2015
Remaja Rosak Akhlak Bukan Sebab Tengok Drama Melayu.. - Ziela Jalil
Semalam, mesti ramai yang tak melepaskan peluang untuk menonton drama
‘Dia Isteri Luar Biasa episod yang terakhir kan? Walaupun banyak
kontroversi yang melanda drama tu, tapi dengarnya episod last masih
dapat sambutan yang baik..
Selaku penerbit drama ini, Ziela Jalil
pasti tahu setiap kontorversi yang melanda dramanya.. Ziela tampil
memohon maaf pada mana-mana pihak yang kurang senang dengan adegan
romantik yang ditonjolkan dalam drama ni sehingga ada yang mendakwa ini
drama maksiat..
"Apabila bercakap tentang hukum hakam Islam, saya
tidak mengiakan benda yang salah dan tidak menghalalkan cara. Kalau nak
ikutkan, banyak benda yang kita tidak boleh buat dalam drama.Bukan
senang…
Sebagai contoh, saya seorang ibu seronok melihat
kepulangan anak lelakinya. Kalau seronok, takkan nak berdiri dan tunjuk
mimik rasa gembira sahaja. Mesti kena peluk sebagai tanda sayang dan
rindu.
Bagaimanapun segala kritikan yang diberi saya terima
dengan fikiran terbuka dan akan lebih berhati-hati menghasilkan drama
pada masa akan datang,” jelasnya..
Bagi Ziela dia tak rasa drama
seperti ini boleh merosakkan akidah kanak-kanak yang masih belajar ilmu
agama.. Kalau ada remaja yang rosak akhlak, semua itu bergantung pada
diri remaja tu, bukan sebab tengok drama “Dia Isteri Luar Biasa” akhlak
remaja boleh rosak..
Pembentukan remaja sekarang ni bermula dari
cara didikan ibu bapa sendiri.. Kalau akhlak anak-anak rosak tu salah
ibu bapa la kan tak pandai didik anak.. Apapun, semua pihak sebenarnya
memainkan peranan yang penting..
Bukan hanya menuding jari pada
didikan ibu bapa.. Kalau ibu bapa dah beri didikan yang baik.. Tapi
pengaruh luar pun boleh memberi kesan pada akhlak seseorang remaja..
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment