Thursday, July 02, 2015

Usaha PKR Untuk Pakatan Di Selangor Umpama Tikus Baiki Labu

2 Julai 2015, Kuala Lumpur : Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Mat Nadzari Ahmad Dahlan menyifatkan usaha PKR menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku antara Dap dan Pas di negeri itu umpama tikus membaiki labu.
http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/UTUSAN.image.7109487!image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_240/image.jpg
Malah beliau turut percaya usaha berkenaan yang dirintis laluannya oleh Menteri Besar, Azmin Ali dalam usahanya menjernihkan suasana serta senario yang berlaku di negeri yang diterajui sebenarnya penuh dengan kepura-puraan.

“Bayangkan…parti sendiri pun sukar untuk diuruskan dan penuh dengan warna-warni politik antara satu sama lain. Sekejap begitu dan sekejap begini. Bagaimanakah pula mahu menyatukan antara dua jagoan parti yang penuh ego sedangkan parti sendiri pun kadang-kala tunggang terbalik antara pimpinannya.

“Sebab itulah saya katakan tadi ianya penuh dengan kepura-puraan. Sekadar untuk menunjukan kepada umum bahawa mereka boleh menyelesaikan kemelut yang berlaku sedangkan hakikatnya makin parah,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan perbincangan rasmi antara PKR dan Dap Selangor mengenai situasi politik terkini di negeri itu telah diadakan namun tiada keputusan dicapai setakat ini.

Selepas bertemu di Pejabat Menteri Besar Selangor, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua enggan mengulas mengenainya memandangkan perbincangan lanjut akan diadakan selepas bulan Ramadan.

Mengulas lebih lanjut Mat Nazari yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang kali seterusnya menambah Pas dengan Dap sudah pasti akan berpegang kepada pendirian serta ego masing-masing.

Akhirnya kelak tambah beliau lagi PKR pula yang akan tersepit khususnya Azmin Ali dalam melayani pelbagai masalah yang timbul gara-gara pergeseran yang berlaku di antara dua sekutu di dalam pakatan pembangkang berkenaan.

“Usaha PKR tidak akan ke mana…pusing-pusing akhirnya setakat itu sahajalah. PKR tidak mampu membuat apa-apa kerana nasib PKR sendiri bergantung kepada Dap dan Pas.

“Apa yang cuba dilakukan setakat ini sekadar satu damage control saja sedangkan hakikatkan pakatan pembangkang tidak boleh diselamatkan lagi”, katanya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment