Thursday, July 02, 2015
Semakin Ramai Ahli PAS Sertai DAP....Kenapa Sampai Ke Tahap Tu?
Peguam PAS, Zulhazmi Sharif telah telah membuat pengumuman keluar parti dan akan menyertai DAP esok.
Penyertaan Zulhazmi ke dalam DAP disokong oleh Young Syefura Othman
(Rara), Naib Ketua DAPSY Subang yang juga Penyelaras Impian Kelantan.
Menurut Zulhazmi, borang penyertaaan keahlian DAP itu akan diserahkan kepada seorang Ahli Parlimen DAP esok.
“Insya Allah kalu tak ada apa-apa, esok akan serah borang dalam majlis
berbuka puasa bersama seorang Ahli Parlimen DAP..,”kata Zulhazmi dalam
Facebooknya hari ini.
Pada pemilihan Dewan Pemuda PAS sesi 2013/15, Zulhazmi merupakan salah
seorang calon Ketua Pemuda mencabar Suhaizan Kaiat dan Kamaruzaman
Mohamad.
Pemilihan Ketua Pemuda PAS untuk sesi itu dimenangi oleh Suhaizan dengan
320 undi berbanding dengan Kamarulzaman 307 undi dan Zulhazmi 7 undi.
Zulhazmi kemudiannya telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS
Pusat dan memegang jawatan Timbalan Pengerusi Badan Mobilisasi Dewan
Pemuda PAS.
Namun, pada 13 Ogos 2014, Zulhazmi telah meletak jawatan daripada
jawatannya ekoran mengkritik secara terbuka kepimpinan Presiden PAS
Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Zulhazmi kemudiannya bergiat aktif Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) dan dilantik sebagai peguam untuk NGO tersebut.
Pada 15 Jun lalu, Zulhazmi telah menghantar surat kepada pejabat agung PAS untuk berhenti daripada menjadi ahli PAS.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment