Sunday, July 05, 2015
Takkan Saya Nak Guna Akaun Dalam Negara
Semenyih : "Kalau betul saya nak menyamun, nak songlap duit negara,
takkanlah saya hendak masukkan duit tersebut dalam akaun negara," bidas
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Program Iftar Bersama Rakyat Selangor di sini, hari ini.
"... Itu kalau saya hendak menyamunlah. Tentu sekali, saya sebagai
Perdana Menteri tidak akan mengkhianati rakyat dan harta benda milik
rakyat. Itu merupakan janji saya.
"Sebab itulah saya kata saya akan rujuk peguam-peguam saya untuk
tentukan tindakan susulan (tindakan undang-undang) sama ada dalam dan
luar negara," katanya lagi.
Sebelum berucap, Najib dalam sidang media berkata, beliau kini sedang
merujuk peguam-peguamnya bagi memutuskan tindakan lanjut terhadap pihak
yang menyebar dakwaan dana RM2.6 bilion milik syarikat yang berkaitan
dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke dalam akaunnya.
"Kita tidak boleh biarkan pihak-pihak luar menggugat atau menjatuhkan kepimpinan kerajaan," katanya lagi.
Portal The Wall Street Journal pada Khamis melaporkan pasukan penyiasat
yang melakukan siasatan terhadap dana dan urusniaga 1MDB percaya bahawa
pengaliran dana 1MDB berakhir ke dalam akaun Najib.
Penyiasat didakwa mengeluarkan kenyataan terbabit selepas mengeluarkan
laporan berkenaan berdasarkan dokumen dari siasatan kerajaan yang
diperoleh dari portal antarabangsa dan laman web pemberi maklumat
Sarawak Report.
Najib dalam pada itu mengucapkan penghargaan kepada pihak-pihak yang teguh menyokong beliau.
"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan tidak mudah percaya dengan pemberitaan tersebut.
"Datuk (Dr) Haron Din (Mursyidul Am Pas) pun menerusi kenyataan berkata
tidak masuk akal saya melakukan perkara tersebut," tegasnya lagi.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment